ARKIB FORUM

-------------SEMESTER 2/2011------------

PISMP - ISU 2 : Elemen audio dikatakan dapat memberi nilai tambah terhadap sesuatu BBM yang dihasilkan. Bincangkan. (2- 12/8/2011 ***Lanjutan siaran hingga 19/8/2011) 

Penggunaan elemen audio boleh memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta huruf. Murid-murid akan mengikut dan menghafal maklumat yang disampaikan dalam audio dengan berkesan. Guru perlu menghasilkan bahan audio secara semulajadi supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian walaupun sedang sibuk dengan tugas yang lain. Contohnya, seseorang murid yang sedang bermain di belakang bilik darjah, pasti akan menumpukan perhatian kepada bahan audio yang dimainkan. Ini kerana elemen audio meransang minda murid-murid.
By Saravanan on FORUM PISMP on 02/08/11

sebenarnya elemen audio memang memberi kesan yang positif kepada seseorang guru / murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. hal ini kerana dengan menggunakannya bahan audio ini guru dapat menarik perhatian murid-murid.. biasanya guru hanya menyediakan slide yang bekaitan tentang sesuatu tajuk.. sekiranya mereka menyelitkan kegunaan audio ini mrk dapat menghasilkan sesi pnp yang berkesan.. dengan bantuan audio ini mrd dpt memberi perhatian yang sepenuhnya terhdp waktu pengajaran..

pada pandangan saya, penggunan audio dalam BBM amat mmeberi kesan kepada murid auditori learners.kerana ia akan merangsangkan dan menerik minat murid terhadap pnp yang dijalankan. pengaplikasian teknologi dalam pnp amatlah penting untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu pengajaran. selain daripada ini, pemilihan audio haruslah bersesuaian dengan isi pengajaran yang diajar dan harus merangsangkan pemikiran murid. mengikut teori kepelbagaian kecerdasan, elemen audio dalam BBM adalh memainkan peranan yang pentingnya. maka , disini, saya katakan , bahawa elemen audio adalah satu nilai tambah bagi BBM yang dihasikan.

Saya setuju dengan pendapat Saravanan. Elemen Audio merupakan salah satu bahagian yang penting untuk menarik minat pelajar dalam sesi P&P. Guru menyediakan pelbagai jenis alat BBM. Disamping itu, audio membantu guru untuk memudahkan penyampaian sesuatu subjek. Guru dapat mendapatkan audio-audio daripada internet dan juga menghasilkan audio sendiri.
By Manochvarma on FORUM PISMP on 03/08/11

saye stuju dengan kalian semua..sememangnyer elemen audio byak mmbantu guru dalam melaksanakan dan menghasilkan BBM yg mampu menarik minat murid-murid dan meransang deria mereka..namun begitu, guru harus bersedia dngan hlngan2 yang akn berlaku contohnya ketiadaan eletrik dan sebgainya..ape ape pun, p&p akan berjaya jika guru itu sndri bijak dan tahu cara menarik minat murid-muridnnye..:)
By maisara owi jin on FORUM PISMP on 04/08/11

Elemen audio dikatakan dapat memberi nilai tambah terhadap sesuatu Bahan Bantu Mengajar yang dihasilkan. Pada pandangan saya, elemen audio adalah komunikasi sehala. Bagi mengatasi masalah ini, program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas dalam kelas. Jika komunikasi dua hala diperlukan, media audio dua hala seperti telefon boleh digunakan. Walaubagaimanapun, murid-murid akan kurang memberi perhatian kepada persembahan audio jika tiada pengawasan yang rapi daripada guru.
By Saravanan on FORUM PISMP on 04/08/11

Audio boleh menarik minat murid dan meransang untuk belajar.. selain seni visual, ngn pegerakan, muzik juga merupakan satu seni dalam pendidikan yang mampu menjadikan P&P lbh menarik..kelas sendri sudah dilengkapi sistem audio mcm sperker klau perasan la sma mcm lcd..x pon speaker portable..jd x susah pon gna media audio ni..sbagai guru gna la sebaik2 nya kemudahan audio ni...
By Abdullah Affan on FORUM PISMP on 04/08/11

saya sangat bersetuju apabila audio dikatakan dapat memberi nilai tambah. murid-murid di sekolah rendah khususnya amat meminati bunyi-bunyi disamping visual. ini akan mendorong murid untuk memberi lebih perhatian semasa guru mengajar tajuk-tajuk yang sesuai dengan penggunaan audio dan visual.audio yang digunakan haruslah bertepatan dengan tajuk, dan perlu diuji sebelum digunakan sewaktu P&P.
By nor hazirah on FORUM PISMP on 05/08/11

audio sememeynye merupakan elemen terpenting dlm BBM. namun begitu kemusykilan timbul, adakah ianya berfungsi dalam pengajaran murid-murid yang berkeperluan khas yang kurang deria pendengaranny??? maka di sini, bagi saya guru perlu kreatif dlm memikirkan sesuatu elemen lain bg menggantikan audio sebgai nilai tambah BBM..walaupn audio lebih menarik, namun bagitu terdapat elemen lain yang boleh membantu dalam sesuatu sesi pengajaran. sebagai contoh aplikasi visual dan teks dengan penyampaian yang kreatif. hal ini bukan saja dapat membantu mruid memperoleh hasil pembelajaran dalam sesuatu sesi pengjrn malah dapat menarik minat murid terutama sekali murid2 berkeperluan khas kurang deria pendengaran..
By positifkosmiq on FORUM PISMP on 07/08/11

elemen audio sememangnya dapat memberi nilai tambah kepada murid2..sya sgt brsetuju dgn Abdullah Affan... audio dapat menarik minat murid2 untuk belajar... hal ini kerana,kanak2 amat mudah tertarik kepada bahan yang mengandungi unsur audio..apabila diperkenalkan kepada mereka BBM yang mengandungi unsur audio,secara automatik mereka dpat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses P&P pada masa itu..sistem bunyi yang berkesan dan sistematik dapat menjamin mutu P&P seseorang guru trsebut..namun demikian,tidak semua bahan audio dapat menarik perhatian murid...oleh itu, guru hendaklah membuat perancangan dan penyediaan yang baik sebelum proses P&P agar P&P yang dijalankan kelak akan berkesan..
By nur hawa on FORUM PISMP on 07/08/11

saya juga berpendapat sama seperti yang dikatakan oleh rakan- rakan di atas. bahan audio merupakan satu daya bahan penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio digunakan bagi proses persembahan agar ia lebih mantap. audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para penggunna agar lebih berminat utnuk mengikuti p$p..
By Kaiyathri Samugam on FORUM PISMP on 07/08/11

Pada pandangan saya , audio dapat memberi nilai tambah terhadap sesuatu bbm.Ia dapat mempelbagaikan teknik pengajaran kepada guru.Murid akan teransang untuk belajar kerana teknik penyampaian yang menarik melalui penggunaan audio. Guru juga dapat menggunakan teknologi maklumat yang berkembang dengan berkesan.
By PaThMa PrIyA on FORUM PISMP on 08/08/11

Pada pandangan saya, Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
By AGILAN on FORUM PISMP on 08/08/11

saya juga setuju dengan pendapat saudari pathmapriya....
By AGILAN on FORUM PISMP on 08/08/11

pada pandangan saya, bahan audio memang menberi kesan dalam proses p&p. penggunaan audio boleh menarik minat murid. pada masa yang maklumat yang disampaikan melalui bahan audio boleh sampai kepada pelajar jenis audio(VAK) dengan cepat.
By rani on FORUM PISMP on 08/08/11

Pada pendapat saya elemen audio amat penting dalam BBM. Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan elemen audio ini akan mencungkil minat murid-murid untuk mengikuti pelajaran tersebut. Dengan itu, guru boleh melaksanakan pengajarannya dengan baik dan meningkatkan penglibatan murid dalam P&P.
By Nithyaa Segaran on FORUM PISMP on 09/08/11

tidak dinafikan elemen audio sangat membantu dalam penghasilan BBM terutamanya untuk pengjaran melibatkan bahasa. guru dapat mengajar fonetik bahasa lebih berkesan dengan bantuan bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Elemen audio ni jga merupakan BBM utama utk utk sbjek musik~
By nana faryana on FORUM PISMP on 12/08/11

sy stuju dgn nana.. elemen audio berkait rapat dgn deria pndgran. Melalui pndgrn pelajar akan faham sesuatu maklumat. setlh mereka faham barulah mrk dpt btndk bls.. bahan audio spt rakaman suara, bunyi bntg, nyanyian, musik dsb mmpu mbuat pljr lebih faham akn sstu pngjrn..
By cokie ceso on FORUM PISMP on 12/08/11

penggunaan elemen audio amat penting bagi menjadikan sesuatu BBM menarik dan berkesan. Visual sahaja akan menjadikan murid bosan kerana deria pendengaran mereka tidak berfungsi. Audio yang disediakan oleh guru haruslah jelas serta mengandungi bunyi-bunyi serta suara yang sesuai untuk murid. Ringkasnya, P&P akan menjadi seronok dengan penggunaan elemen audio
By Gajen on FORUM PISMP on 13/08/11


GERKO BOLA TAMPAR - ISU 1 : Bersukan boleh menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas.Beri komen anda. (27/7-6/8/2011*** (Lanjutan siaran hingga 19/8/2011)

aLysA maIsaRah
bersukan sama sekali tidak menjejaskan pencapaian akademik pelajar, jika pelajar itu sendiri yang mementingkan akademik. kejayaan setiap individu ditentukan oleh individu itu sendiri. halangan seperti bersukan sama sekali tidak menggugat pencapaian akademik, malahan lebih membawa kepada manfaat terhadap individu itu sendiri. dalam soal bersukan sudah semestinya membawa manfaat ke arah kecergasan badan atau fizikal individu. justeru itu, ini akan mencerdaskan minda pelajar itu sendiri.
kejayaan akademik berkait dengan sejauh mana ketekunan kita terarah kepada bidang akademik itu sendiri. pendapat yang menyatakan bersukan menggugat pencapaian akademik sama sekali harus disangkal. ungkapan ini jika kita amalkan, akan lebih memudaratkan diri sendiri. jaminan kesihatan boleh diperoleh melalui bersukan dengan berlakunya penjanaan cas-cas yang merangsang setiap neuron individu apabila bersukan. bersukan merangsang pergerakan tersebut kesan daripada lokomotor. mesin yang tidak digunakan, lama-lama akan rosak juga. begitu juga dnegan manusia. tanpa bersukan, jasad mereka akan sedikit terancam kerana sumber makanan yang dimakan memerlukan senaman dalam menjalankan sistem penghadaman dengan baik.
-----[NOOR ASIAH CHE HASSAN P2E----
        29 July 2011 20:53

Hattie Azmi 
setuju dengan pandangan Noor Asiah. Namun begitu, penglibatan pelajar dalam sukan haruslah seimbang dengan akademik.
Pelajar sering mencari jalan mudah dan memilih perkara yang mudah. Berbanding akademik,bersukan merupakan satu aktiviti yang dianggap senang dan kurang memberi tekanan. Hal ini kemungkinan besar akan menyebabkan pelajar leka dan 'terbuai' dengan aktiviti bersukan.
Dari sudut ini, kesan negatif akan terlihat andainya pelajar mengambil mudah bidang akademik dan terlalu mementingkan bersukan. Bukan sebarang cakap-cakap kosong, tapi memang sudah terbukti ada di antara pelajar yang menganggap pelajaran perkara yang remeh dan terlalu fokus pada sukan.
Hal ini boleh diatasi andainya diletakkan satu benchmark dalam pencapaian akademik sebelum pelajar tersebut dibenarkan untuk serius dalam sesuatu bidang sukan. Dari satu sudut mungkin kelihatan seperti pelajar-pelajar ini hanya belajar untuk melayakkan diri menyertai sukan, namun di sebaliknya terdapat juga satu impak yang positif terhadap pelajaran mereka.
- NUR HATTIKAH AZMI (P2E) -
       30 July 2011 07:52

nOoR aSiaH
yeah....tiqah...i like2 ah... buat benchmark...!!! itulah, kalau setiap individu itu pandai mengawal dan membina ketetapan hati agar tidak memberatkan mana-mana bahagian semata-mata dan menyeimbangkan antara bersukan dan pelajaran, insyaALLAH, keputusan akademik lagi gempak. badan sihat, otak cerdas....
       30 July 2011 16:09

hanna sofea
stuju ngn tikah dan asiah.. bersukan memang tak menjejaskan akademik pelajar. kalau la aktiviti2 bersukan tu benar2 menjejaskan aktiviti pelajar, buat apa kerajaan menggalakkan budak2 kt sekolah tu bersukan? bila bersukan, badan kita akan jadi sihat.. badan yg sihat akan melahirkan minda yg cerdas.penah tgk iklan milo tak? die kata, "minum milo anda jadi sihat dan kuat.!". haa..xperlu susah2 beli milo.. mahal.. bersenam je.. boleh jugak jadi sihat dan kuat.. hehehe..
      31 July 2011 06:09

Hattie Azmi
hikmah, milo sedap! XD itulah..benchmark keputusan student sebelum mereka dibenarkan aktif dalam sukan. Melalui cara ni akademik seiring dengan bersukan. macam asiah cakap, kalau setakat minda cerdas tapi badan tak sihat nak buat apa kan? langkah kerajaan galakkan murid bersukan memang satu jalan yang wajar. 1Murid, 1Sukan tapi jangan sampai abaikan pelajaran.
dalam cara tu juga, boleh kita explore kebolehan student dalam mana-mana bidang sukan yang depa bagus.kan3?.. cungkil bakat la senang kata.
guru dan ibu bapa perlu ada kerjasama. kalau seiring dua-dua komponen ni dalam diri murid, memang kita mampu untuk lahirkan generasi yang gah dan mampu untuk bersaing di peringkat global.
-NUR HATTIKAH AZMI (P2E)-
       31 July 2011 21:39
fatin
sy setuju ngan pendapat kwn2..sebenarnya bersukan langsung xde menjejaskan kejayaan akademik nie, bg sesiapa yg menyatakan sebegini, sebenarnya diri dia sendiri yg xdpt uruskan sesuatu tu dengan baik..lgpun, setakat nie rasenye xde stu fakta pn mgtakan bersukan nie satu isu yg menjejaskan akademik kn?? ;)...bersukan sebenarnya byk memberi kebaikan pd diri kita, klau x, kerajaan xde la wujudkan hari yg dinamakan 1 murid i sukan tu... XD
        1 August 2011 06:15

nOoR aSiaH
saya sokong semua...!!!!!!

        1 August 2011 08:16

bagi saya, sukan atau apa-apa aktiviti luar tidak akan menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas. Ia bergantung kepada pelajar bagaimana hendak mengurus masa dengan sebaiknya supaya seimbang antara pelajaran dan sukan.
By siti syazwani on FORUM GERKO on 02/08/11

Pada pandangan saya, bersukan merupakan suatu keperluan. KPM sendiri telah mewajibkan penglibatan semua pelajar dlm sukan melalui IM,1S. Hasilnya, Malaysia dapat melahirkan individu yang seimbang dr segi jasmani dan rohani. Justeru, tiada alasan untuk tidak bersukan.... ~Amirah bt Mohd Tarmizi,IP2H~
By Mey on FORUM GERKO on 02/08/11

saya sangat bersetuju dgn pendapat kawan2..bagi pandgn saya sukan sgt berfaedah dan banyak memberi manfaat kpd pelajar. Bersukan dpt menyihatkn tbuh bdn pljr dan seterusnya menjadi lebih cergas dan lebih aktif di dalam kelas. Pljr juga harus bijak membahagikan masa mereka antara akdemik dan bersukan secara seimbang. sekiranya semua ini dapat diatasi saya tidak rasa bersukan itu dpt menjejaskan akademik pelajar. -nur aifaa hani-
By efahany on FORUM GERKO on 03/08/11

Saya setuju dengan pendapat rakan-rakan sekalian. Pada pendapat saya sukan tidak menjejaskan prestasi para pelajar tetapi ia membantu pelajar. Sukan mencerdaskan pelajar dan meningkatkan keyakinan diri pelajar. Bersukan boleh menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas adalah hanya satu alasan yang tidak munasabah. Mohanasundari a/p Muniandy IP2D
By M.sundari on FORUM GERKO on 03/08/11

sokong er kamu semua
By nOoR aSiaH on FORUM GERKO on 03/08/11

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.Bersukan bukanlah sesuatu penghalang untuk pelajar daripada memberikan sepenuh perhatian terhadap bidang akademik.Terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperoleh melalui sukan sekiranya pelajar dapat membahagikan masa dengan sistematik dan berkesan bagi waktu belajar dan bersukan.Buktinya dapat dilihat melalui pencapaian ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Hal ini menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik pelajar.
By wanihilmi on FORUM GERKO on 03/08/11

pada pendapat saya, bersukan tidak menjejaskan akademik para pelajar kerana bersukan sebenarnya mencergaskan minda dan badan mereka... Saya memang sokong dengan pandangan rakan- rakan saya di atas... Parames IP2D
By Parames Mariappan on FORUM GERKO on 03/08/11

Salam.. Betul tu.. Tidak perlu diragui lagi, bersukan sama sekali tidak menjejaskan pencapaian akademik para pelajar.. Yang menjadi masalah kini, fenomena dalam kalangan murid dan ibu bapa yang memikirkan samada perlu memilih diantara sukan atau akademik? Hakikatnya, 2 elemen itu sangat penting dalam perkembangan diri para pelajar.. Bagaimana ingin menghasilkan otak yang cerdas jikalau bukan dari tubuh badan yang sihat dan cergas! Betul tak? Ia sebenarnya bergantung pada individu tersebut dalam pengurusan masa secara sistematik bagi seimbangkan diantara akademik dan sukan.. Jika kita lihat kini, tidak hairanlah pihak kerajaan turut mewujudkan 1 Murid, 1sukan.. Jom Bersukan! Akal yang cerdas, pada badan yang sihat! :NURULHUDA BINTI ARIFF (P2H)
By Cik Kidal on FORUM GERKO on 04/08/11

Pada pendapat saya, bersukan tidak menjejaskan pencapaian akademik para pelajar kerana melalui bersukan para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah. Ini akan menghindarkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala-gejala negatif. (THARANI A/P KATHIRAVELOO) 1P2D
By Tharani tharu on FORUM GERKO on 04/08/11

pada pendapat saya, bersukan yang boleh menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas ialah apabila seseorang individu itu gagal membahagikan masanya dengan sistematik dan bijak. seseorang yang mempunyai kesedaran untuk bersukan adalah individu yang sangat menitikberatkan kesihatannya dan dapat berfikir secara rasional. ini disebabkan bersukan itu adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan seseorang pelajar utk mencapai keseimbangan diri dari aspek jasmani dan rohani.~INTAN MUNIRAH BINTI MOHD NORDIN P2H~
By :: cerita hati :: on FORUM GERKO on 04/08/11

Pada pendapat saya,pernyataan di atas sama sekali tidak benar.Bersukan tidak menjejaskan pencapaian akademik pelajar malah menambahkan lagi peningkatan pencapaian pelajar.Pepatah Arab ada menyebut,akal yang cerdas lahir dari tubuh badan yang sihat.Jadi benarlah sukan amat penting dalam kehidupan tidak mengira usia.Bersukan sebenarnya dapat melancarkan aktiviti pergerakan otot kita seterusnya dapat menjadikan kita lebih kritis dan tangkas berfikir dalam apa jua perkara sekalipun.Contohnya pemain sukan skuash negara kita,Nicol Ann David bukan sahaja terlibat aktif dalam permainan dan berjaya mengharumkan nama negara malah dari segi pembelajarannya turut berjaya.Beliau berjaya memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM.Jadi disini terbuktilah bahawa bersukan boleh menyebabkan pencapaian akademik pelaja terjejas adalah salah sama sekali(NORDIANA BINTI YUSUF)P2H
By yana on FORUM GERKO on 04/08/11

Saya sokong cik yana~ "bersukan boleh melancarkan aktiviti pergerakan otot seterusnya menjadikan fikiran kita lebih kritis dan tangkas!" sebenarnya, jika kita lihat dari sudut kebaikan bersukan, ia bukan sahaja menigisi masa lapang bahkan ia menjadi suatu temasya terkenal di mata dunia.. Jelas terbukti, nama sesebuah negara bukan sahaja meningkat kerana kemajuan sains dan teknologi malah sukan turut memainkan peranan penting.. Jadi, dari sinilah kita perlu menerapkan pada generasi muda terutamanya pelajar bahawa bersukan itu amat penting dan menyanggah pendapat yang mengatakan bahawa bersukan itu menjejaskan pencapaian akademik para pelajar..Sukan bukan sahaja menguji kekuatan fizikal seseorang malah ia juga menguji kekuatan dan kecerdasan mental! NURULHUDA BINTI ARIFF (P2H)
By Cik Kidal on FORUM GERKO on 04/08/11

Boleh juga dktatakn mcm tu skiranya jika seorang pelajar itu hanya habiskan masa dgn bersukan sja & pemikirannya tertumpu pd sukan tnpa mgmbilthu soal plajarnnya..jd sukan tu telah mengalihkan perhatian pelajar kepada hal n aktviti yg lain. akn ttpi skiranya ssorg plajr itu mmpu seimbgkn jdual hriannya antra skan & akdmik tiada ap2 yg bleh dsoalkn krana sukan jga pnting dlm mlahirkn individu yg crgas fzikal, crdas mntalnya.. msalahnya, xsmua indivdu yg pndai mbhagikan masa untk sukan tnpa m'abaikn plajaran, jdi mnjadi TANGGUNGJAWAB GURU utk mbmbing paljarnya utk mnjdikan mreka yg t'baik.. (MASITAH P2H)
By syie on FORUM GERKO on 05/08/11

Saya ingin memetik semula komen daripada syie yang mengatakan "mnjadi TANGGUNGJAWAB GURU utk mbmbing paljarnya utk mnjdikan mreka yg t'baik.." Saya turut menyokong apa yang dinyatakan syie.. Ini kerana,guru turut menjadi panduan kepada para pelajar.. Guru perlulah memilih serta mengatur waktu yang sesuai untuk mengisi masa pelajar dengan bersukan.. Kerana ada juga isu yang mengatakan bahawa guru memberi latihan sukan kepada pelajar (yang terlibat dengan perlawanan) sehingga mengambil waktu pelajaran pelajar dalam jadual waktu persekolahan.. Inilah contoh yang kita patut elakkan.. Terutama sekali, bagi kita yang bakal menjadi pendidik untuk generasi pada masa kaan datang.. NURULHUDA BINTI ARIFF (P2H)
By Cik Kidal on FORUM GERKO on 05/08/11

I would say no.Sports does contribute in academic wise as it is taken in concern in order to apply for further studies. as from the aspect of health, when one involves in sports all the parts of the body does gets some work out which enables the person to be active and of course that helps increase the capacity and ability to think. This leads to academic excellence later on. Hence, sports does benefits students and for sure doesn't shows any negative effects on their academic. Kamaladharanii Ragu Nathan IP2D

pada pendapat saya, bersukan sama sekali tidak akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar. hal ini adalah kerana, bersukan akan memastikan seseorang itu untuk menjadi cergas. justeru itu, keadaan ini akan membantu pelajar untuk bergiat aktif dalam proses P&P. THAVAMALAR A/P ARUMUGAM (1P2D)
By thava on FORUM GERKO on 05/08/11

saya menyokong pendapat thava. Bersukan sememangnya dapat memastikan pelajar sentiasa sihat dan aktif dalam bidang pembelajaran.Pendek kata bersukan dapat memupuk nilai-nilai moral dalam diri pelajar. VIMALA A/P SUBRAMANIAM (IP2D)
By vimala on FORUM GERKO on 05/08/11

Saya berpendapat jika pelajar mengagihkan masa secara baik untuk pelajaran dan sukan sudah tentu bersukan tidak akan menjejaskan akademik pelajar. Saya juga menyokong pendapat kawan-kawan di atas. YASHALINI A/P SEE RAMAN (IP2D)
By yashalini on FORUM GERKO on 05/08/11

Seperti pepatah bahasa inggeris yang mengatakan " ALL WORK AND NO PLAY MAKES JACK A DULL BOY". Memang tidak dapat dinafikan jika tiada aktiviti bermain/ bersukan Seseorang akan menjadi tegang dan stress lalu hal inilah yang akan menjejaskan akademik mereka, malah bukannye aktiviti bersukan yang menjejaskan prestasi pelajar
By MoG@nEs on FORUM GERKO on 05/08/11
Pada pandangan saya bersukan tidaklah menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas. KPM telah menyediakan jadual yang bersesuaian bagi pelajar bersukan tanpa mengganggu waktu akademik. Bersukan dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan badan pelajar. Jika terlalu dengan bahan ilmiah sahaja, pelajar akan berasa tertekan. Jadi untuk menghilangkan tekanan tersebut salah satu caranya adalah dengan bersukan. Baru-baru ini juga telah dilancarkan program 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Ini membuktikan bersukan sememangnya mempunyai lebih banyak kesan positif berbanding negatif kepada pelajar sehingga KPM mewujudkan program ini. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik pelajar menentukan sendiri sukan yang mereka ingin terlibat daripada guru-guru yang tentukan sukan untuk mereka kerana apabila adanya minat, di situ akan timbullah kesungguhan mereka dalam sukan tersebut.hehehe…..tq
By nabilah huda on FORUM GERKO on 05/08/11

Assalamu'alaikum... Saya kira kebanyakan sahabat rata-rata tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa "Bersukan boleh menyebabkan pencapaian akademik pelajar terjejas." Saya turut mempunyai pandangan yang sama dengan menidakkan kenyataan yang diberikan. Hal ini adalah kerana melalui aktiviti bersukan inilah dapat melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas. 1) Seperti kita sedia maklum, badan kita akan mengeluarkan peluh ketika menjalani aktiviti bersukan. Secara tidak langsung, badan kita telah mengeluarkan antara salah satu bahan kumuhan yang tidak diperlukan. Insha-ALLAH, badan kita akan lebih segar selepas bersukan. Jadi, secara logiknya apabila badan kita segar dan bertenaga, kita pun akan terus bersemangat untuk mengikuti aktiviti seterusnya seperti menghadiri kelas-kelas akademik. 2) Islam sendiri turut menganjurkan kita agar bersukan. " Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. " Bahkan, Nabi Muhammad S.A.W. turut bersukan seperti memanah, berenang dan menunggang kuda. Natijahnya, melalui sirah nabi, kita digambarkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. yang kita sayangi ini merupakan seorang ketua yang tajam akal fikirannya, gagah perkasa, hebat dalam peperangan, mampu memberi buah fikiran yang bernas dan sebagainya. Sebagai contoh, semasa Nabi Muhammad S.A.W. berperang, baginda diceritakan memegang pedang seberat 5 - 7 kg pada tangan kanan, tangan kiri pula memegang perisai dengan berat yang lebih kurang sama dengan pedang baginda, baju besi yang dipakai pula dianggarkan seberat 7-9 kg dan kasut besi pula seberat 2-3 kg. Bayangkan bagaimana gagah dan kuatnya baginda berperang bersama-sama sahabat-sahabat baginda ketika itu, subhanALLAH... Tambahan pula, baginda sering menjadi ketua peperangan dan baginda bertanggungjawab mengatur strategi yang mantap sambil dibantu oleh sahabat-sahabat. Maka, di sini kita dapat lihat betapa pentingnya sukan kepada kita. 3) Saya percaya ramai yang akan mengatakan bahawa bersukan dapat mengganggu gugat pencapaian akademik pelajar itu sendiri. Saya kira isu ini sudah lama kedengaran dan meniti di bibir-bibir ibu bapa pelajar-pelajar. Percayalah, bahawa kita dikurniakan 24 jam setiap seorang bukan untuk disia-siakan melainkan individu itu yang tidak bijak mengawal kehidupan dirinya sendiri. Jadi, di sini banyak pihak boleh memainkan peranan masing-masing seperti ibu bapa, guru dan terutamanya individu tersebut dalam memastikan prestasi kokorikulum dan kurikulum berkembang seiring dan meningkat dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, setiap hal dan perkara atas dunia ini ada pro dan kontra tersendiri yang berlaku atas izinNya jua. Secara tuntasnya, ingin saya katakan di sini bahawa kita haruslah bersikap bersederhana dalam setiap perkara. Tidak salah sekiranya ingin aktif bersukan, asalkan akademik tidak ketinggalan. Tidak salah ingin maju dalam akademik, asalkan sukan tidak ditinggal sahaja titik. Minta maaf atas segala kekurangan komen saya di sini. Sekian, wassalam...

Nampaknya semua menyanggah pendapat bahawa bersukan boleh menjejaskan akademik para pelajar~ Pelbagai hujah dan pendapat yang dikongsikan.. Menarik! Moga kecemerlangan dalam pencapaian akademik pelajar dapat diseimbangkan dengan kehebatan dan ketangkasan dari aspek bersukan.. Ini penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan.. Buktinya,lihatlah usaha pihak kerajaan dalam mewujudkan 1 Murid, 1sukan.. Ini bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan dalam sesuatu jenis sukan.. Majulah Sukan untuk Negara! NURULHUDA BINTI ARIFF (P2H)
By Cik Kidal on FORUM GERKO on 05/08/11

saya amat bersetuju dengan komen anda semua....memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan menjadi satu bahagian dalam kehidupan kita..pelajar haruslah menerimanya sepertimana mereka menerima aspek akademik..pada pendapat saya, sukan tidak mungkin menjadi penghalang kepada aspek akademik..ia bergantung kepada para pelajar..bagaimana mereka menguruskannya ia bergantung pada mereka juga....terimalah hakikat bahawa sukan juga sama penting sepertimana akademik.... SAROJINI.A P2D
By SAROJINI on FORUM GERKO on 05/08/11

Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan penyataan di atas kerana apabila seseorang melibatkan diri dalam sukan secara aktif, mereka akan mempunyai daya tumpuan dan abiliti untuk memberi perhatian yang tinggi dan jelasnya ini akan membantu mereka untuk memberi fokus kepada pembelajaran akademik dan mendapat skor yang baik dalam pencapaian dan penilaian. Untuk memperkukuhkan pendapat saya, terdapat juga beberapa tokoh yang turut memberi pandangan mereka yang boleh menyokong komen saya. William(1995) menyatakan bahawa semakin tinggi tahap kecergasan seseorang, maka semakin baik tahap konsentrasi, daya pemikiran semakin cergas dan baik serta tahap keefisyenan kerjayanya lebih positif. Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa pencapaian akademik mereka tidak akan terjejas dengan melibatkan diri dalam sukan secara aktif.Sekian Terima Kasih... RUTTINI VELLU P2D
By ruttini on FORUM GERKO on 05/08/11

wah3...suka2... macam2 pandangan k0rang.. mostly majoriti tak meny0k0ng penyataan nie... tp, sape2 y nak bersukan...cuma beringat2 ler... kalau nak bersukan, jgn abaikan pelajaran. semuanya tergantung pada individu itu sendiri.. ~~~~~~keep your body fit~~~~~~
By nOoR aSiaH on FORUM GERKO on 05/08/11

selamat pagi rakan- rakan sekalian.... Saya memang menyokong pendapat anda sekalian... Saya juga berpendapat bahawa bersukan dapat memupuk sifat kepimpinan dan disiplin dalam diri para pelajar yang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik. Apabila seseorang menjadi ketua bagi sesuatu kumpulan permainan, pelajar itu belajar mengurus kumpulan tersebut secara sistematik. Pada masa yang sama, displin juga dapat dibina dalam diri para pelajar kerana setiap permainan mempunyai peraturan dan undang- undang yang berbeza. Apabila pelajar mematuhi peraturan tersebut, secara tidak langsung, mereka dapat membentuk disiplin dalam diri mereka. Tambahan perkara ini akan diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.Dengan ini mereka dapat mengurus masa mereka khususnya masa belajar mereka secara terancang yang membantu meningkatkan pencapaian yang cemerlang..... Sekian sahaja...
By Parames Mariappan on FORUM GERKO on 05/08/11

pada pendapat saya, bersukan tidak menjejaskan pencapaian akademik para pelajar. malahan ia membantu pelajar untuk mengurangkan tekanan yang dialami. apabila mereka melibatkan diri dalam sukan mereka dapat menenangkan tekanan. disamping itu, bersukan juga dapat membantu para pelajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik.
By Komala Rangarau on FORUM GERKO on 05/08/11

saya juga menyokong pendapat rakan sekuliah saya. sukan adalah sesuatu yang mencerdaskan minda pelajar. ianya tidak boleh menjejaskan konsentrasi pelajar terhadap pelajaran mereka. sukan juga boleh menjadi alat untuk mengatasi masalah stress seseorang pelajar. SASIREKA MURUGIAH
By sasireka murugiah on FORUM GERKO on 05/08/11

Pada pendapat saya, bersukan tidak sama sesekali menjejaskan pencapaian akademik pelajar kerana dengan bersukan pelajar dapat amalkan gaya hidup yang sihat dan ia memberi faedah kepada kecergasan fizikal dan mental. Secara tidak langsung amalan sukan dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
By Yeema Mohgan on FORUM GERKO on 05/08/11

Saya setuju dengan pendapat rakan-rakan saya. Bersukan tidak menjejaskan pencapai akademik pelajar malah ia membantu para pelajar untuk mencapai kecermalangan yang baik dalam pencapaian akademik. Dengan bersukan, para pelajar dapat mencergaskan badan serta mencerdaskan minda mereka. Selain itu, mereka juga dapat mengurangkan tekanan mereka terhadap pembejaran. Tambahan pula, melalui melakukan aktiviti fizikal pelajar-pelajar dapat menghabiskan masa dengan cara yang baik sekali.
By Mathavi Muniandy on FORUM GERKO on 06/08/11

saya bersetuju dengan pernyataan diatas. bersukan adalah perkara yang sangat penting bagi setiap individu sebagai pelajar. bersukan secara amnya mampu memupuk sifat & semangat kesukanan dalam pasukan..semangat ini amat penting bagi memastikan prestasi sesebuah pasukan meningkat dengan kerjasama semua ahli. selain itu, bersukan mampu melahirkan sifat kepimpinan. sebagai pelajar yang berjaya, mereka harus mempunyai sifat kepimpinan terhadap tugas & tanggungjawab yang diamanahkan. pelajar juga boleh mendisiplinkan diri sama ada dari segi masa dan tanggungjawab. dengan itu, sifat ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran di mana pelajar akan lebih menepati masa dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru mereka.. justeru, bersukan mempunyai banyak kelebihan yang boleh diaplikasikan dalama kehidupan sebagai seorang pelajar..dan bersukan sama sekali tidak pernah menjejaskan prestasi seseorang pelajar. nurul hidayah binti muktar p2h
By nurul on FORUM GERKO on 06/08/11

Pada pendapat saya, bersukan sama sekali tidak menjejaskan pencapaian akademik para pelajar. Ini kerana, bagi pelajar yang bijak membahagikan masa antara akademik dan sukan, mereka akan mampu untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Bersukan juga boleh membantu menyihatkan otak, oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi mereka dapat belajar dengan baik dan mudah untuk menghafal dan mengingati pelajaran. Kesimpulannya, penglibatan aktif pelajar dalam bidang sukan tidak mendatangkan kesan negatif dalam pelajaran mereka, bahkan dari segi kecemerlangan, mereka adalah lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan...(NORFAZILAH BT SHARIFF)P2H
By norfazilah on FORUM GERKO on 06/08/11

Wah! macam-macam pendapat nih! sharing is caring ^_^ kan.. Konklusifnya, berbalik pada diri sendiri sebenarnya.. Kalau kita bijak menguruskan masa dengan sistematik, maka pencapaian akademik dan sukan dapat diseimbangkan.. Jangan bila fokus sesuatu perkara, perkara lain ditinggalkan.. Okeh! NURULHUDA BINTI ARIFF (P2H)
By Cik Kidal on FORUM GERKO on 06/08/11



PISMP - ISU 1 : Teknologi membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bincangkan. (22-30/7/2011)

jamuna said...
pada pendapat saya,kemajuan teknologi lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sekolah. ini dikatakan kerana teknologi seperti internet, laptop, phone mendedahkan pelajar ke dunia yang global. mereka boleh mendapat isu-isu semasa dengan cepat. selain itu, mereka juga mudah untuk mencari makluamat yang mereka inginkan, ini menjimatkan masa serta memberi peluang kepada pelaja untuk meluaskan pengetahuan mereka. Seterusyna, alat komunikasi seperti, handphone internet memeberi peluang kepada pelajar untuk bersosial.         23 July 2011 23:54

pada pendapat saya, kemajuan teknologi lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan jika digunakan dengan baik. Dengan kemajuan ini pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.Pelajar juga akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos.

Pada pendapat saya,kemajuan teknologi lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan terhadap pelajar sekolah. Penggunaan teknologi membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Ia turut memperkayakan pengalaman pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Dengan ini, teknik pengajaran yang pelbagai akan meningkatkan minat pelajar dalam mengikuti sesi p&p.

Manochvarma said...
Pada pandangan saya, kemajuan teknologi lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Hal ini kerana dengan menggunakan teknologi murid-murid dapat mengakses informasi yang diperlukan oleh mereka dalam masa yang singkat dan berfaedah. Mereka juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka di mana-mana tempat jua. Murid juga dapat meningkatkan pengalaman baru mereka. Selain itu, teknologi membantu murid-murid untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
saya juga berpendapat spt rakan-rakan saya.. sebenarnya kemajuan teknologi lebih mendatangkan kebaikan drpd keburukan... dengan adanya teknologi, pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan... dalam bidang kejuruteeraan juga teknologi dapat mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik yang mempunyai ciri-ciri terbaik spt thn lama....
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi atau ICT amat penting. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Ia mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan kepada pelajar. Dimana pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. kemajuan teknologi bukan sahaja menjimatkan kos , masa dan tenaga seseorang peljar , malah ia dapat meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar ,serta membantu dalam melaksanakan tugas dengan teratur , sistematik dan betul. Tambahan lagi, seseorang pelajar tersebut dapat menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru menerusi perpustakaan digital ataupun di laman web.
bagi saya kebaikan dan keburukan teknologi bergantung kepada individu itu sendiri. jika individu bijak dan tahu menggunakan teknologi dengan sebaiknya maka ia akan menjurus kepada kebaikan, jika sebaliknya ia akan mendatangkan keburukan pada individu tersebut.

cokie ceso said...
memang benar teknologi itu lambang kemajuan sesebuah tamadun, tetapi kebergantungan guru pada kemudahan teknologi seperti LCD dan laptop utk menjalankan PNP akan terbantut sekiranya berlaku ketiadaan elektrik. jd guru perlu fleksibel dan mempunyai pelan B sebagai backup..

Manochvarma said...
Saya setuju dengan nur Shuhaida Jalaludin. Penggunaan teknologi bergantung kepada individu. Jika pengguna menggunakannya dengan cara yang betul maka teknologi akan memberi kesan yang positif.

Yuvarati said...
Semua pekara dalam hidup kita mempunyai kebaikan dn keburukan. Penggunaan teknologi pun sama. kalau kita kita guna dengan baik, kita mesti dapat menmanfaatkat diri kita. jikalau kita menggunakan untuk tujuan yang tidak baik, kita perlu menghadapi padahnya....

gajen said...
Saya berpendapat bahawa kemajuan teknologi lebih memanfaatkan pelajar. Frasa "dunia di hujung jari'telah menjadi realiti dengan kedatangan teknologi canggih. Dulu pelajar harus bergantung kepada pelbagai sumber untuk mendapat berita, tetapi sekarang hanya beberapa saat diperlukan untuk membaca segala berita di seluruh dunia dengan menggunakan internet. Adalah mustahak bagi pelajar masa kini untuk mengayakan diri mereka dengan segala isu-isu semasa kerana pengetahuan am amat penting bagi mereka. Keburukan tidak dapat dielakkan, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa pelajar hari ini yang terdedah kepada penggunaan teknologi lebih berpengetahuan berbanding dengan pelajar zaman silam. Jadi, saya berpendapat teknologi lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar.

pushpa said...
walaupun kita menikmati lebih banyak kebaikan berbanding dengan keburukan,kita tidak dapat nafikan bahawa keburukan yang diakibatkan oleh kemajuan teknologi semakin bertambah. terutamanya dalam kalangan golongan muda. kalau lebih spesifik lagi, anak-anak muda yang masih di bangku sekolah. mereka yang masih mentah dan tidak tahu berfikir tentang baik dan buruk sesuatu perkara mudah terpengaruh dan lebih mudah tertarik pada pautan yang membawa kesan negatif pada diri mereka. kita memperkenalkan teknologi kepada murid-murid dengan harapan mereka boleh melakukan pembelajaran kendiri dimana mereka mencari peluang dan berusaha untuk mencari ilmu sendiri untuk memajukan diri. tetapi, yang terjadi adalah yang sebaliknya. Saya berpendapat bahawa murid-murid harus diberi pendedahan awal secara menyeluruh tentang baik-buruk teknologi dan memberi kesedaran tentang kepentingan untuk membuat pilihan yang tepat dan betul supaya jalan yang dipilih adalah sentiasa betul untuk diri mereka.

nor hazirah said...
Kemajuan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada manusia. Ia seakan menjadi sangat penting dalam kehidupan manusia.
Pengetahuan dalam teknologi sangat membantu pelajar dalam pelajaran, contoh penggunaan e-book dalam kalangan pelajar.
Ia akan memudahkan segala urusan guru dan pelajar juga.selain tidak perlu membawa buku yang banyak ke sekolah.jadi saya kurang bersetuju jika kemajuan teknologi memberi banyak keburukan dari kebaikan.


Manochvarma said...
Saya menyokong pendapat Gajen dan Pushpa

Saravanan said...
Pada pendapat saya, kemajuan teknologi lebih banyak mendatangkan keburukkan daripada kebaikan kepada para pelajar. kebanyakkan pelajar akan menjadi malas. Mereka hanya 'copy and paste' tugasan yang diberi oleh guru daripada internet. Keadaan ini menghalangkan kemahiran berfikir murid secara kreatif dan kritis.
pada pendapat saya teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. namun, semua itu bergantung kepada individu itu sendiri andai mereka mahu menggunakan ia kearah kebaikan atau sebaliknya.

yayaiznaira said...
rasanya, zaman sekarang ni, teknologi seakan sebati dalam diri setiap individu. sebagai pelajar sendiri, saya merasakan teknologi amatlah penting kerana, segala aktiviti yang saya lakukan, banyak dibantu oleh teknologi itu sendiri. cuma yang menjadikan teknologi itu dilihat mendatangkan keburukan adalah berpunca dari sikap kurang bertanggungjawab oleh indidvidu itu sendiri. jadi, tepuk dada, tanyalah selera.

Gajen said...
saya tidak bersetuju dengan pendapat saravanan. pelajar akan lebih rajin mencari maklumat dengan adanya internet. dahulu adalah perkara sukar bagi mereka untuk mengakses maklumat hanya berpandukan buku. tetapi kini internet menyediakan pelbagai jenis maklumat yang membolehkan pelajar menggunakannya untuk tugasan mereka. adalah tidak rasional untu kmemanggil pelajar yang menggunakan kemudahan teknologi untuk menjadikan kerja mereka sebagai malas.

nur hawa said...
saya sependapat dengan shuhaida... kegunaan sesuatu teknologi dalam pendidikan semakin meluas dan tidak dapat dinafikan.. kebaikan dan keburukan teknologi itu bergantung kepada niat seseorang itu sama ada mahu menggunakannya ke arah kebaikan mahupun keburukan.. namun begitu, sebagai seorang guru, jika mahu menggunakan sesuatu teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran..guru hendaklah memantau aktiviti murid-murid tersebut..selain itu,guru boleh menerangkan kepada murid mengenai kegunaan sebenar sesuatu teknologi itu....

Saravanan said...
Sejauh mana yang kita ketahui, menonton pornografi telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada pelajar belasan tahun kerana internet membenarkan access tanpa had. Kemajuan teknologi boleh dikatakan melekakan pelajar dari kehidupan yang sihat.

rani said...
perkembangan teknologi mempunyai kebaikan dan keburukkannya sendiri. ia mendatangkan kebaikan jika kita menggunakannya dengan betul. begitu juga dengan pelajar sekolah. mereka harus pandai memilih perkara yang baik dan berguna bagi menikmati faedahnya.

maisara owi jin said...
pada pendapat saye, teknologi banyak mendatangkan kebaikan kepada para pelajar. ia memudahkan pelajar untuk mencari maklumat dan pembelajaran kendri lebih senang dilakukan.namun begitu, ia juga mendatangkan keburukan jika pelajar menyalahgunakan penggunaan teknologi. ia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri pelajar itu sendiri..:)

AGILAN said...
saya setuju dengan pendapat saravanan....kemajuan dalam bidang teknologi lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kerana...pada zaman sekarang gejala sosial lebih berleluasa dalam bidang teknologi....bukan sahaja malas malah jenayah-jenayah yang berlaku pada zaman sekarang melibatkan teknologi...seperti kecurian data, pornografi, dan Spam....hal ini bukan sahaja merosakkan harta benda seseorang malah merosakkan ciri-ciri keperibadian seseorang...

AGILAN said...
walaupun kebaikan dan keburukan teknologi bergantung kepada individu itu sendiri.....tetapi kemajuan teknologi ini mencipta ruang untuk melakukan kesalahan dalam kalangan para pelajar....kerana para pelajar tdak mempunyai kesedaran yang sepenuhnya terhadap kemajuan teknologi....hal ini menyebabkan mereka menjadi mangsa kemajuan teknologi....Oleh itu dari segi pendapat saya kemajuan tekonolgi lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan....terima kasih

shafinazismail said...
pada pendapat saya teknologi amat penting bagi era moden zaman sekarang kerana semua urusan seharian yang ingin dilakukan sekarang melibatkan teknologi. teknologi amat penting bagi pelajar sekolah kerana tanpa teknologi sistem pendidikan di negara kita akan semakin mundur. keburukan teknologi semuanya berpunca dari sikap individu yang telah menyalahgunakan teknologi itu sendiri dan tidak mempunyai sikap bertanggungjawab. bagi saya teknologi mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

Abdullah Affan said...
budak2 skrng dah pndai...kes ebook terenganu sendiri tngok la pa jadi..dah blok macam2 pon da gak semua benda x elok dalam 2 yg budak2 masukkan...guru sendiri kena tahu benda2 hacking cm ni spaya thu pa yg murid buat...tp kebanyakan guru x thu..guru muda pon thu guna kompter ja...tmasuk saya nanti...jd dapat tngok la..teknologi memang canggih tp susah nk kawal nti..

cokie ceso said...
saya bersetuju dengan Abdullah Affan teknologi mmg membantu tetapi sukar dikawal. realiti sekarang, kebanyakan pelajar mencari mklmt di internet tetapi dalam masa yg sama masih sempat ber 'online game, facebook, baca komik, dan lain-lain seperti yg dinyatakan oleh saravanan td.. jd pljar akan lebih lalai terutamanya pljr2 yg mudah hilg tumpuan.. jd.. "THE GOOD BECOME BETTER AND THE BAD TURN TO WORSE"

nana faryana said...
kita harus berpandangan positif cokie ceso, internet lebih banyak mendatangkan kebaikan drpd kburukan. buktinya, kita sdng mggunakan kmdhn intrnt utk berforum skrg dan ia menjimatkan masa. selain itu, intrnet membekalkan bnyk mklmt, jimat kos, mengeratkan hubungan dan membuat iklan. intrnt jga blh dguna sbgai medium utk menonjolkan bakat terpendam. lihat sahaja Cik Shida @ Cikgu Shida yg popular mlalui intnet..

Manochvarma said...
Saya setuju dengan pendapat Agilan
memang benar apa yang telah dikatakan oleh nana faryana, akan tetapi, saya kurang menyokong apa yang telah dilakukan oleh cikgu Shida, jika dilahat dari aspek bakat memang dia berbakat, tetapi lebih banyak pengaruh buruk dari kebaikan yang telah disampaikan. manusia sekarang hanya lihat dari logik akal tetapi tidak mengaitkan logik akal dengan pegangan agama masing-masing. maka apa yang dapat kita lihat sekarang keruntuhan akhlak makin berkembang walaupun semakin ramai individu yang bijak pandai.